Selasa, 29 Disember 2009

Nikmat sihat ...

2 minggu lepas mak aku masuk hospital, mula2 doktor suspek denggi, check punya check, kemudian kena tahan di wad. Rupanya darah tinggi sangat, kemungkinan buah pinggang dah rosak.
Dari situ la hidup kami adik beradik berubah sekejap, kakak2 aku gilir2 jagakan mak aku di wad. Aku macam biasa la, jadik despatch je, hantar makanan, hantar kakak @ adik aku ke wad. Abang long aku pun ada datang hospital, tgk2 kan apa yang patut.
Kebetulan dia pun pernah jaga 2 arwah makcik (belah bapak) aku dengan sakit yang sama (buah pinggang). So pengalaman 'emas' dia tu dia gunakan untuk bagi nasihat pada kami yang jaga mak kami ni.
Dkt hospital la aku rasa 'ter'insaf sekejap, bila tengok orang sakit. Macam2 jenis sakit, Allahhh .. Ngeri pun ye, so guys out there, jangan rasa bila kita muda, kita tak sakit, jaga la kesihatan tu .. Mati mmg confirm mati punya, cuma kita tak nak la sbb kedegilan kita tak jaga makan minum, orang lain pulak susah nak jaga kat hospital! Sehari dua orang boleh hadap lagi .. Dah lama2??
Skrg doktor dah confirm yang mak kami mmg kena dialisis.. So guys, jaga buah pinggang, kalau dah rosak, takde ganti dah, sakit2 lain mungkin ada jugak organ gantinya, tapi buah pinggang kalau dah rosak .. Mmg mesin dialisis la 'organ' barunya .. Adios!

Khamis, 19 November 2009

Perancis vs Ireland

Aku ni sbrnya malas nak ulas pasal bola dah .. Rasa skrg ni bola dah macam gusti, banyak sangat wayangnya .. Aku lagi suka nak ulas pasal NBA .. Yeahhh .. Tapi smlm (19 Nov) ada kelayakan Piala Dunia, Perancis lawan Ireland .. Gol yang Thierry Henry pass pada Gallas tu terkena .. (Nak taip terkena ke??) Ahh .. Senang ceritalah .. Memang Henry pegang bola tu .. Macam basketball jugak .. Ha ha ha .. Boleh pulak referee 'tak nampak' .. Ish .. Bengong betul ..
Bagi aku, sepatutnya bolasepak skrg dah makin maju, bukan referee tak boleh nampak semua player2 Ireland meluru pada dia .. Tunjuk isyarat tangan (Handball), takkan referee bodoh sangat tak perasan .. Punya ramai player Ireland tunjuk yang Henry pegang bola, takkan semua player Ireland pakat ramai2 serentak ye tak??? Lagi satu .. Skrg bukan ke kamera hampir semua angle ada? Kenapa referee tak boleh stop game kejap .. Bukan lama .. Kejap je .. Mtk orang jaga kamera replay balik & tgk betul ke Henry handball
Tapi aku fikir2, agaknya bola ni mmg lagi sedap 'disensasikan' daripada dibiarkan macam tu je (Takde kontroversi), malang sikit la utk Ireland, tak pasal2 gol tu dikira jugak .. Apa pun, harap2 lepas ni takde dah adegan ala2 Maradona macam si Henry ni buat .. Kalau tak, dah peringkat Piala Dunia kena macam tu .. Ayooo .. Kesian la .. Ini bukan main antara kelab bang .. Ini antara negara punya standard, negara berperang pun boleh berhenti 'kejap' pasal dua2 negara tengah main dalam Piala Dunia (Tak ingat dua2 negara mana, tapi mmg ada) .. He he .. Ok .. Chow

Rabu, 18 November 2009

Jadilah orang cerdik!

Entry kali ni ada kaitan dengan entry yg lepas, cerita hamba Allah yang 'tu' la .. Pergi hantar kereta ke woksyop, nak modify ke turbo mode engine, tapi sampai sekarang kereta tak nampak bayang pun! Dengar2nya dah 10k habis, tapi kereta tak siap2 .. Tu la .. Lain kali jadik la orang cerdik, bukan org bengong! Nasihat orang tak nak pakai, kan dah menyusahkan aku
Skrg menyusahkan orang, ada pulak kuli (Baca : aku) jadik tukang angkut kotak kosong dia bawak balik ke rumah, kalau kereta sendiri ada kan senang ... Ni la .. Profesor tak bertauliah .. Hai .. Mmg malang la sapa kawin dengan kau ... 2 hari lepas (16 Nov) motor rosak .. Call aku jugak .. Mtk tolong tolak .. Bestnya .. Macam bapak kau gajikan kami utk jadik kuli kau kan ..? Best2 .. 'Selamat' la kau hamba Allah ...
P/S Aku tak sabar dah nak pindah rumah ni .. Menyampah tgk hamba Allah ni .. Terpaksa je maniskan muka bila tgk dia ..

Khamis, 30 Julai 2009

Antara 'carik makan' & 'carik bala'

Sabtu (25 Julai) lepas, aku ke 'downtown' Kajang .. He he he .. Tak boleh panggil Uptown, sikit sangat gerainya. Plan asalnya nak urut refleksologi, sbb aku pernah ternampak ada satu gerai pakcik ni dia buat urut refleksi, tapi takde pulak, aku pun pusing2 le tgk2 gerai lain. Satu-satu gerai aku pergi, saja je tengok, bukan nak beli pun, tiba2 aku berhenti kat satu gerai ni. Gerai ni nampak unik, sbb dia jual barang-barang lama, syiling lama, kayu kayan yang klasik2 la, gambar2 lama, tiba2 aku ternampak 2 keping gambar yang betul2 buat aku terkejut khinzir!
Gambar (lukisan) buraq dgn gambar 4 sahabat Nabi (SAW). Aku mmg betul2 terkejut la! Dalam hati aku cakap, 'ayooo mamat ni, nak carik makan pun jangan la sampai buat kerja bidaah, dia tak tau ke mana boleh Nabi2, Rasul2 dgn sahabat digambarkan! Kalau imej tu tak sama dgn muka diorang, apa macam? Aaaa .. Kau jawab la kat akhirat nanti, duit boleh carik brader, tapi aqidah kalau dah songsang, alamatnya ... Fikir sendiri la kan? Setahu aku jugak, mmg ada fatwa pada benda2 ni, sbb filem The Message (arahan arwah Mustapha Akkad) ada watak Bilal (Radiallahuanhu), Hamzah (RA) dgn Khalid (RA), dapat bantahan keras ulama'.
Maknanya lukisan pun tak boleh la! Mmg la isu ni nampak 'kecik' .. 'Remeh' .. Tapi kesan dia besar! Nanti semua anak2 kecik tengok, boleh terpengaruh, Islam tak sama dgn Yahudi, Kristian, diorang tu boleh main gambar2kan aje 'Tuhan', 'Nabi'2 yang diorang percaya, tapi Islam tak! Kita percaya dgn iman, dgn akal yang rasional, tapi kita tak boleh gambarkan dgn praktik atau gambaran realiti. Harap2 brader tu nanti dapat la teguran dari orang yang alim, aku ni nak tegur susah jugak, dah le brader yang jual tu tua, faham2 la.. Orang tua ni mana nak dgr 'teguran' orang muda. Wallahualam.....
P/S Sapa2 yang tak tau buraq tu apa, tunggu la Isra' & Mikraj tahun dpn, datang masjid, dengar ceramah ustaz2 .. Tau la 'buraq' tu apa .. He he he ... Adiosss .......

Khamis, 16 Julai 2009

Transformers, Revenge Of The Fallen

Rabu 15hb lepas aku ke TGV Mines, tengok movie ni, tapi alahai ... Bagi aku, aku bagi 2 setengah bintang je pada filem ni. Sebab?

1) Autobots baru tak banyak diperkenalkan, lagi banyak Decepticon baru, dan Decepticon baru pun tak dibagi nama! (Kalau tak silap la), tak macam 1st movie dulu.
2) Cerita meleret-leret, scene 18sx lagi banyak dari scene perang antara robot! Come on la, nama pun Transformers, fokus la pada robot, bukan pada hero-heroin manusia tu.
3) Optimus Prime mati, Bumblebee & Autobots lain tak nampak sedih, tapi bila Sam hero lembab tu mati, bukan main Bumblebee menangis! Aiyaaa ...
4) Selepas Prime mati, hampir semua Decepticon mati kena tembak dgn kereta kebal manusia, bukan dgn peluru Autobots, bila Prime hidup balik, Megatron dgn The Fallen dah cedera parah, so bagi aku klimaks perang tu macam dah 'potong' sikit, sbb diorang dah cedera kena tembak dgn manusia. Masa Sam nak letakkan Matrix dkt buah dada (Oppp silap) dada Prime, scene tu je dkt setengah jam! Anti klimaks sungguh! Alahaiiiii ........
5) Siapa The Fallen ni? Megatron yang aku tau tak pernah di'hamba'kan sesiapa, kalau tgk dalam Transformers The Movie versi kartun, Unicron yang hampir sebesar planet Cybertron pun mula2 dia 'lawan' .. Lepas tu baru dia setuju nak jadik hamba, itu pun sebab nak dapat body baru (Galvatron).
Kesimpulannya : Banyak lagi nak ulas, tapi cukup la aku bagi 2 setengah bintang jelah utk filem ni .. A bit dissapointed for me.. A 'loyal' Transformers fan .. Kalau pun nak ubah plot, jangan la lari jauh sangat dgn cerita asal, because it's 'dumb ass' idea!

Isnin, 1 Jun 2009

Macam2 ada!

Aku ada sorang kawan, Tutt (bukan nama sebenar). Akal ada sikit la nampak macam cerdik, (nampak je, realitinya tak!). Kalau bercerita dgn dia nampak macam ada la ala2 intelektualnya, tapi praktikal hancur! Yang syoknya, hamba Allah sekor ni, ya Allah .. Punya la berkira, baik berkira kudrat, ataupun duit.
Pernah sekali, kami mintak dia bayarkan dulu (advance la kiranya, nanti kami bayar la balik) duit sewa rumah & bil2 lain, tiba2 Astro kena potong, bila tanya senang2 je dia jawab 'hmm .. hangpa bagi tak cukup 20 ringgit'. Ya Allah, kenapa la bengal sangat? Tak boleh ke dulukan duit kau dulu, nanti kami bayar la.
Lepas kejadian tu, aku pun 'hulur tengkuk utk disembelih', aku bagitau budak2 rumah, biar aku dulukan duit aku, semua sekali, duit sewa, bil2 segala macam la, lepas tu aku claim la balik, tapi perangai bakhilnya menjadi-jadi, saja aku biarkan sampai awal bulan tak mintak duit sewa, nak tengok dia prihatin ke tak.
Yang sedapnya, sekarang bila lambat bayar alasan 'klise' je .. 'Aku lupa la'... Hai .. Duduk rumah sewa pun lupa ke ..?? Bukan duduk rumah mak bapak kau, takkan tak faham2 duduk rumah sewa kena bayar sewa, nama pun rumah sewa! Bukan rumah sendiri! Kepada mamat tu, kalau la dia terbaca entry ni, harap2 la sedar diri, jangan la berkira sangat.
Nanti kawan2 benci pulak, tambah menyampah dengan perangai ko yang tergedik gedik kalau jumpa betina, Allah haiii ... Kawan2 satu pejabat tau dah peel kau tu .. Tu tak masuk lagi dengan pakai seluar slack pergi kerja sampai seminggu .. Fuhh .. Rekod Malaysia!

Rabu, 13 Mei 2009

Perihal si 'rempit' & si peragut (rumput) keh keh keh

Berblog kembali (ayat skima pembaca berita)

Baru-baru ni habis kecoh satu Malaysia, pasal kes ragut, pasal mat rempit (bak kata kawan aku, Kamus Dewan dah approve ke istilah rempit ni??). Ini la sebab manusia dah terlebih pandai, Tuhan bagi hukuman, kita pulak pandai2 bagi hukuman lain... Kes ragut ni bagi aku satu je penyelesaian dia, HUDUD kan aje peragut2 tu .. Logiknya? Sekarang siapa yang kita nak lindung? Peragut atau mangsa ragut?
Kenapa kita marah pada peragut, tapi kita tak buat tindakan awal, halang peragut dengan hukuman berat (hudud)? Kalau peragut2 kat Malaysia ni dah takde tangan, camana diorang nak meragut? Boleh, tapi meragut sama2 lembu la .. Sbb dah takde tangan .. Logik ke tidak ..?? Soal mat rempit pulak, kenapa kita mesti emo? Ya, mat rempit ada yang langgar polis, ragut beg tangan perempuan, tapi semua yang naik motor & buat jahat ke mat rempit?
Semua penjenayah kalau naik motor, mat rempit? Orang jalan kaki tak buat jenayah? Naik kereta? Naik bas? Naik komuter? Kenapa kita tak kaji betul2 siapa sebenarnya mat rempit? Semua yang naik motor pun mat rempit? Aku pun mat rempit? Sbb aku pergi kerja naik motor? (tak pasal2 aku pun dapat title rempit w/pun aku tak buat jenayah besar). Kes rempit ni sebenarnya kena kajian yang total, tak boleh nak main label2 aje.
Sebab? Kerajaan atau mana2 pihak berwajib mesti bezakan yang mana satu bandit aka mat rempit penjenayah, dan mana satu mamat bawak motor yang kadang2 nakal2, mmg kaki racing, kaki lepak tapi dapat jugak label 'rempit'. Semua tu mmg gejala sosial, salah, tapi apa salahnya kita berfikiran positif, sama2 buat kajian, kenapa? Macamana? Siapa? Mat rempit yang betul2 jahat dan yang tak pasal2 semua penunggang motor dapat label mat rempit
Kesimpulan dia, masalah ni tak boleh selesai dengan emosional, cakap2 aje, mesti ada tindakan, kajian, dan penguatkuasaan undang2 yang sangat2 tegas. Jangan la jadik macam undang2 pakai sit belt belakang tu, sekejap 1hb, sekejap tangguh, sekejap kena balik, lama2 JPJ dgn polis trafik pun pening ... Adios

Isnin, 13 April 2009

Amy Search & Pas

Baru2 ni kecoh kat TV3 pasal Amy nak 'join Pas' .. Alahaiii ... Itu pun nak jadikan isu ke ..? Lantak la dia nak join mana2 parti pun .. Waima DAP pun .. Jangan la nak jadikan isu .. Macam takde isu lain ... Kelakar pulak rasanya ... Keh keh keh ...
P/S Pakatan menang lagi .. Yahoo .. He he he ..

Khamis, 19 Februari 2009

Minggu sedih

Minggu ni sedih sikit .. Ada hal kejadian melibatkan hal personal aku .. Macamanapun, aku harap keadaan boleh selesai cara baik .. Insya Allah ... Wish me luck!

Khamis, 12 Februari 2009

NBA All Star is back! 16 February 2009

He he he .. Aku kan peminat setia NBA, aku mmg tak miss NBA All Star ni, sampai cuti lagi .. Ha ha ha .. Sbb ini special game, pemain2 terbaik dalam liga ni akan bermain, macam perang betul2 pun ye jugak (Betul ke ..?? He he) Apa pun, harap2 East All Star menang .. Sbb aku mmg sokong team Eastern Conference

Adios!

(Sapa2 tak faham pasal NBA mmg tak faham apa yang aku taipkan kat sini .. Ahak .. Harap maklum)

Khamis, 22 Januari 2009

Aku dah tua!

Hari ni aku dah genap 30 tahun .. Aiyak .. Dah suku abad aku .. Hu hu hu .. Tak nak taip panjang2 dah .. He he he .. Cheersss ....

Rabu, 21 Januari 2009

Bila dah susah ..

Malam tadi aku dapat sms dari sorang yang akan carik aku bila dia susah, tapi masa aku susah (Jangankan aku susah, masa aku senang pun tak ambik tau!) dia boleh lepas tangan.. Si hamba Allah ni nak mintak tolong aku la ..
Tanya ada kawan tak dkt JPJ .. Kebetulan aku pun takde kawan dkt JPJ (Dan aku pun malas nak tolong hamba Allah ni, disebabkan banyak kali sangat dia pijak kepala aku) cepat2 aku reply sms dia ... Agaknya dia pun dah faham aku tak nak tolong kot ..??
He he he .. Kadang2 aku terfikir, orang macam ni memang tak tau malu, bila dia susah dia sanggup tebalkan muka nak mintak tolong, tapi bila aku susah, boleh dia buat selamba je .. Yang lagi sedap sempat pulak susahkan aku lagi tu! Ada ka patut???
Aku pun tak mintak apa aku tolong tu dia balas, tapi kurang2 consider sikit pada aku ni, jangan la susahkan hidup aku balik ye tak.. Nak2 aku ni ada pulak pertalian darah dgn dia kan .. Macam ini punya worang pun ada ka?? Wassalam ..

Ahad, 18 Januari 2009

Politik .. Politik .. Politik ..

Sejak akhir2 ni, kita selalu dengar macam2 isu yang 'panas' dan merisaukan orang2 non Muslim terutamanya.. Terbaru bercerita pasal hukum undang2 hudud yang Pas nak buat... Utk pengetahuan semua kawan2 yang tak tahu pasal isu ni, jangan la menggelabah beruk bila dengar isu hudud, sbbnya undang2 hudud & qisas ni takkan dapat dibuat di negeri2 bawah pemerintahan PR...
Sebab? Dari fakta akademik, Malaysia mengamalkan politik berkonsepkan 'federalisme' .. Apa dia federalisme? Federalisme ialah satu konsep yang mana kerajaan pusat dan kerajaan negeri sama2 ada bidang kuasa yang diperuntukkan dlm perlembagaan, tapi of course la kerajaan pusat ada kuasa lebey kan .. Mana boleh lawan tokey .. Dann .. Kalau kerajaan negeri Pas nak jugak buat undang2 hudud & qisas di negeri2 yang mereka perintah, memang tak boleh buat la, selagi tak dapat kuasai Dewan Rakyat ..
Sbb dalam perlembagaan negara disebut betul2 clear .. 'Mana2 undang2 kerajaan negeri yang w/pun diluluskan oleh dewan perundangan negeri tersebut bercanggah dengan undang2 persekutuan akan ditolak' .. So ..??? Ada faham ka ..? Macamana Pas nak buat kalau rasional & logiknya hukum undang2 Islam memang tak dipakai secara total di Malaysia, dan berlawanan pulak dgn perlembagaan ..
Jadi senang ceritanya macam ni la, yang takut2 nak undang2 hudud tu tak payah la takut sangat, (baca : MCA dan MIC) Pas cuma akan dapat kuatkuasakan atau bentangkan rang undang2 hudud bila Pas dapat kuasai sekurang-kurangnya 2/3 majoriti ahli dalam dewan parlimen, dan undang2 Islam tak melibatkan orang non Muslim pun! Apa ke halnya nak takut2??? .. Means .. Kalau sekarang Pas nak dapat 60 kerusi parlimen pun macam samar2 ..
Apa nak takut sangat ..? 220 kerusi tu beb .. Banyak! Bukan sikit .. Yang aku rasa tak seronok bukan apa, ahli politik mainkan isu ni sampaikan orang awam terkeliru .. Sampai banyak isu2 lain yang patutnya dijadikan perbincangan tertangguh macam itu aje .. Rugi2 .. Apa pun, secara personal, kita orang Islam mestilah nakkan undang2 Islam ye tak ..? Tak kisahlah siapa pun nak usulkan, Pas ke .. Umno ke, hatta DAP pun, wajib (Mengikut majoriti ulamak) kita sokong .. Takkan nak ambik bab2 nikah kawin je, bab2 lain tolak tepi .. Tak betul tu beb .. Cheers ..

Khamis, 15 Januari 2009

1st Entry

He he he ... Disebabkan kawan2 aku semua dah ada blog sendiri, aku pun nak jugak .. Jadik ini la 1st entry .. Aku tak pandai lagi nak upload2 gambar ... Takpe2 .. Nanti ada la tu .. He he .. Ok .. Ini je dulu .. Kemudian2 akan ada lagi .. Insya Allah ..

Chow ..