Rabu 15hb lepas aku ke TGV Mines, tengok movie ni, tapi alahai ... Bagi aku, aku bagi 2 setengah bintang je pada filem ni. Sebab?
1) Autobots baru tak banyak diperkenalkan, lagi banyak Decepticon baru, dan Decepticon baru pun tak dibagi nama! (Kalau tak silap la), tak macam 1st movie dulu.
2) Cerita meleret-leret, scene 18sx lagi banyak dari scene perang antara robot! Come on la, nama pun Transformers, fokus la pada robot, bukan pada hero-heroin manusia tu.
3) Optimus Prime mati, Bumblebee & Autobots lain tak nampak sedih, tapi bila Sam hero lembab tu mati, bukan main Bumblebee menangis! Aiyaaa ...
4) Selepas Prime mati, hampir semua Decepticon mati kena tembak dgn kereta kebal manusia, bukan dgn peluru Autobots, bila Prime hidup balik, Megatron dgn The Fallen dah cedera parah, so bagi aku klimaks perang tu macam dah 'potong' sikit, sbb diorang dah cedera kena tembak dgn manusia. Masa Sam nak letakkan Matrix dkt buah dada (Oppp silap) dada Prime, scene tu je dkt setengah jam! Anti klimaks sungguh! Alahaiiiii ........
5) Siapa The Fallen ni? Megatron yang aku tau tak pernah di'hamba'kan sesiapa, kalau tgk dalam Transformers The Movie versi kartun, Unicron yang hampir sebesar planet Cybertron pun mula2 dia 'lawan' .. Lepas tu baru dia setuju nak jadik hamba, itu pun sebab nak dapat body baru (Galvatron).
Kesimpulannya : Banyak lagi nak ulas, tapi cukup la aku bagi 2 setengah bintang jelah utk filem ni .. A bit dissapointed for me.. A 'loyal' Transformers fan .. Kalau pun nak ubah plot, jangan la lari jauh sangat dgn cerita asal, because it's 'dumb ass' idea!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan