Isnin, 1 Jun 2009

Macam2 ada!

Aku ada sorang kawan, Tutt (bukan nama sebenar). Akal ada sikit la nampak macam cerdik, (nampak je, realitinya tak!). Kalau bercerita dgn dia nampak macam ada la ala2 intelektualnya, tapi praktikal hancur! Yang syoknya, hamba Allah sekor ni, ya Allah .. Punya la berkira, baik berkira kudrat, ataupun duit.
Pernah sekali, kami mintak dia bayarkan dulu (advance la kiranya, nanti kami bayar la balik) duit sewa rumah & bil2 lain, tiba2 Astro kena potong, bila tanya senang2 je dia jawab 'hmm .. hangpa bagi tak cukup 20 ringgit'. Ya Allah, kenapa la bengal sangat? Tak boleh ke dulukan duit kau dulu, nanti kami bayar la.
Lepas kejadian tu, aku pun 'hulur tengkuk utk disembelih', aku bagitau budak2 rumah, biar aku dulukan duit aku, semua sekali, duit sewa, bil2 segala macam la, lepas tu aku claim la balik, tapi perangai bakhilnya menjadi-jadi, saja aku biarkan sampai awal bulan tak mintak duit sewa, nak tengok dia prihatin ke tak.
Yang sedapnya, sekarang bila lambat bayar alasan 'klise' je .. 'Aku lupa la'... Hai .. Duduk rumah sewa pun lupa ke ..?? Bukan duduk rumah mak bapak kau, takkan tak faham2 duduk rumah sewa kena bayar sewa, nama pun rumah sewa! Bukan rumah sendiri! Kepada mamat tu, kalau la dia terbaca entry ni, harap2 la sedar diri, jangan la berkira sangat.
Nanti kawan2 benci pulak, tambah menyampah dengan perangai ko yang tergedik gedik kalau jumpa betina, Allah haiii ... Kawan2 satu pejabat tau dah peel kau tu .. Tu tak masuk lagi dengan pakai seluar slack pergi kerja sampai seminggu .. Fuhh .. Rekod Malaysia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan