Khamis, 30 Julai 2009

Antara 'carik makan' & 'carik bala'

Sabtu (25 Julai) lepas, aku ke 'downtown' Kajang .. He he he .. Tak boleh panggil Uptown, sikit sangat gerainya. Plan asalnya nak urut refleksologi, sbb aku pernah ternampak ada satu gerai pakcik ni dia buat urut refleksi, tapi takde pulak, aku pun pusing2 le tgk2 gerai lain. Satu-satu gerai aku pergi, saja je tengok, bukan nak beli pun, tiba2 aku berhenti kat satu gerai ni. Gerai ni nampak unik, sbb dia jual barang-barang lama, syiling lama, kayu kayan yang klasik2 la, gambar2 lama, tiba2 aku ternampak 2 keping gambar yang betul2 buat aku terkejut khinzir!
Gambar (lukisan) buraq dgn gambar 4 sahabat Nabi (SAW). Aku mmg betul2 terkejut la! Dalam hati aku cakap, 'ayooo mamat ni, nak carik makan pun jangan la sampai buat kerja bidaah, dia tak tau ke mana boleh Nabi2, Rasul2 dgn sahabat digambarkan! Kalau imej tu tak sama dgn muka diorang, apa macam? Aaaa .. Kau jawab la kat akhirat nanti, duit boleh carik brader, tapi aqidah kalau dah songsang, alamatnya ... Fikir sendiri la kan? Setahu aku jugak, mmg ada fatwa pada benda2 ni, sbb filem The Message (arahan arwah Mustapha Akkad) ada watak Bilal (Radiallahuanhu), Hamzah (RA) dgn Khalid (RA), dapat bantahan keras ulama'.
Maknanya lukisan pun tak boleh la! Mmg la isu ni nampak 'kecik' .. 'Remeh' .. Tapi kesan dia besar! Nanti semua anak2 kecik tengok, boleh terpengaruh, Islam tak sama dgn Yahudi, Kristian, diorang tu boleh main gambar2kan aje 'Tuhan', 'Nabi'2 yang diorang percaya, tapi Islam tak! Kita percaya dgn iman, dgn akal yang rasional, tapi kita tak boleh gambarkan dgn praktik atau gambaran realiti. Harap2 brader tu nanti dapat la teguran dari orang yang alim, aku ni nak tegur susah jugak, dah le brader yang jual tu tua, faham2 la.. Orang tua ni mana nak dgr 'teguran' orang muda. Wallahualam.....
P/S Sapa2 yang tak tau buraq tu apa, tunggu la Isra' & Mikraj tahun dpn, datang masjid, dengar ceramah ustaz2 .. Tau la 'buraq' tu apa .. He he he ... Adiosss .......

Khamis, 16 Julai 2009

Transformers, Revenge Of The Fallen

Rabu 15hb lepas aku ke TGV Mines, tengok movie ni, tapi alahai ... Bagi aku, aku bagi 2 setengah bintang je pada filem ni. Sebab?

1) Autobots baru tak banyak diperkenalkan, lagi banyak Decepticon baru, dan Decepticon baru pun tak dibagi nama! (Kalau tak silap la), tak macam 1st movie dulu.
2) Cerita meleret-leret, scene 18sx lagi banyak dari scene perang antara robot! Come on la, nama pun Transformers, fokus la pada robot, bukan pada hero-heroin manusia tu.
3) Optimus Prime mati, Bumblebee & Autobots lain tak nampak sedih, tapi bila Sam hero lembab tu mati, bukan main Bumblebee menangis! Aiyaaa ...
4) Selepas Prime mati, hampir semua Decepticon mati kena tembak dgn kereta kebal manusia, bukan dgn peluru Autobots, bila Prime hidup balik, Megatron dgn The Fallen dah cedera parah, so bagi aku klimaks perang tu macam dah 'potong' sikit, sbb diorang dah cedera kena tembak dgn manusia. Masa Sam nak letakkan Matrix dkt buah dada (Oppp silap) dada Prime, scene tu je dkt setengah jam! Anti klimaks sungguh! Alahaiiiii ........
5) Siapa The Fallen ni? Megatron yang aku tau tak pernah di'hamba'kan sesiapa, kalau tgk dalam Transformers The Movie versi kartun, Unicron yang hampir sebesar planet Cybertron pun mula2 dia 'lawan' .. Lepas tu baru dia setuju nak jadik hamba, itu pun sebab nak dapat body baru (Galvatron).
Kesimpulannya : Banyak lagi nak ulas, tapi cukup la aku bagi 2 setengah bintang jelah utk filem ni .. A bit dissapointed for me.. A 'loyal' Transformers fan .. Kalau pun nak ubah plot, jangan la lari jauh sangat dgn cerita asal, because it's 'dumb ass' idea!