Ahad, 13 Jun 2010

Sayangnyaaa dekat England!

Kelmarin (12/6/2010) aku beli paper The Star, ada la jadual2 game Piala Dunia, yang 'sedap'nya tu dlm jadual tu siap tulis 'Must Watched Game' .. Jeng jeng jeng .. Apa lagi .. England vs USA! Aku pun heran org Malaysia ni, 'sayang' sgt dgn England apahal? Mcm la takde negara lain dlm dunia ni yg bagus main bola .. England! England! England! Dah la channel Astro skrg penuh je dgn game2 EPL, mcm la Seria A dgn Bundesliga takde standard .. Adehhhh .. Agaknya ini la warisan peninggalan British pada kita, 'sayang' sangat kita dgn British2 tu .. Sampaikan dah berpuluh-puluh tahun org British blah dari Malaysia, 'sayang' tu tak habis2 lagi .. Sampai bila agaknya ye?? :D :D :D

Selasa, 29 Disember 2009

Nikmat sihat ...

2 minggu lepas mak aku masuk hospital, mula2 doktor suspek denggi, check punya check, kemudian kena tahan di wad. Rupanya darah tinggi sangat, kemungkinan buah pinggang dah rosak.
Dari situ la hidup kami adik beradik berubah sekejap, kakak2 aku gilir2 jagakan mak aku di wad. Aku macam biasa la, jadik despatch je, hantar makanan, hantar kakak @ adik aku ke wad. Abang long aku pun ada datang hospital, tgk2 kan apa yang patut.
Kebetulan dia pun pernah jaga 2 arwah makcik (belah bapak) aku dengan sakit yang sama (buah pinggang). So pengalaman 'emas' dia tu dia gunakan untuk bagi nasihat pada kami yang jaga mak kami ni.
Dkt hospital la aku rasa 'ter'insaf sekejap, bila tengok orang sakit. Macam2 jenis sakit, Allahhh .. Ngeri pun ye, so guys out there, jangan rasa bila kita muda, kita tak sakit, jaga la kesihatan tu .. Mati mmg confirm mati punya, cuma kita tak nak la sbb kedegilan kita tak jaga makan minum, orang lain pulak susah nak jaga kat hospital! Sehari dua orang boleh hadap lagi .. Dah lama2??
Skrg doktor dah confirm yang mak kami mmg kena dialisis.. So guys, jaga buah pinggang, kalau dah rosak, takde ganti dah, sakit2 lain mungkin ada jugak organ gantinya, tapi buah pinggang kalau dah rosak .. Mmg mesin dialisis la 'organ' barunya .. Adios!

Khamis, 19 November 2009

Perancis vs Ireland

Aku ni sbrnya malas nak ulas pasal bola dah .. Rasa skrg ni bola dah macam gusti, banyak sangat wayangnya .. Aku lagi suka nak ulas pasal NBA .. Yeahhh .. Tapi smlm (19 Nov) ada kelayakan Piala Dunia, Perancis lawan Ireland .. Gol yang Thierry Henry pass pada Gallas tu terkena .. (Nak taip terkena ke??) Ahh .. Senang ceritalah .. Memang Henry pegang bola tu .. Macam basketball jugak .. Ha ha ha .. Boleh pulak referee 'tak nampak' .. Ish .. Bengong betul ..
Bagi aku, sepatutnya bolasepak skrg dah makin maju, bukan referee tak boleh nampak semua player2 Ireland meluru pada dia .. Tunjuk isyarat tangan (Handball), takkan referee bodoh sangat tak perasan .. Punya ramai player Ireland tunjuk yang Henry pegang bola, takkan semua player Ireland pakat ramai2 serentak ye tak??? Lagi satu .. Skrg bukan ke kamera hampir semua angle ada? Kenapa referee tak boleh stop game kejap .. Bukan lama .. Kejap je .. Mtk orang jaga kamera replay balik & tgk betul ke Henry handball
Tapi aku fikir2, agaknya bola ni mmg lagi sedap 'disensasikan' daripada dibiarkan macam tu je (Takde kontroversi), malang sikit la utk Ireland, tak pasal2 gol tu dikira jugak .. Apa pun, harap2 lepas ni takde dah adegan ala2 Maradona macam si Henry ni buat .. Kalau tak, dah peringkat Piala Dunia kena macam tu .. Ayooo .. Kesian la .. Ini bukan main antara kelab bang .. Ini antara negara punya standard, negara berperang pun boleh berhenti 'kejap' pasal dua2 negara tengah main dalam Piala Dunia (Tak ingat dua2 negara mana, tapi mmg ada) .. He he .. Ok .. Chow

Rabu, 18 November 2009

Jadilah orang cerdik!

Entry kali ni ada kaitan dengan entry yg lepas, cerita hamba Allah yang 'tu' la .. Pergi hantar kereta ke woksyop, nak modify ke turbo mode engine, tapi sampai sekarang kereta tak nampak bayang pun! Dengar2nya dah 10k habis, tapi kereta tak siap2 .. Tu la .. Lain kali jadik la orang cerdik, bukan org bengong! Nasihat orang tak nak pakai, kan dah menyusahkan aku
Skrg menyusahkan orang, ada pulak kuli (Baca : aku) jadik tukang angkut kotak kosong dia bawak balik ke rumah, kalau kereta sendiri ada kan senang ... Ni la .. Profesor tak bertauliah .. Hai .. Mmg malang la sapa kawin dengan kau ... 2 hari lepas (16 Nov) motor rosak .. Call aku jugak .. Mtk tolong tolak .. Bestnya .. Macam bapak kau gajikan kami utk jadik kuli kau kan ..? Best2 .. 'Selamat' la kau hamba Allah ...
P/S Aku tak sabar dah nak pindah rumah ni .. Menyampah tgk hamba Allah ni .. Terpaksa je maniskan muka bila tgk dia ..

Khamis, 30 Julai 2009

Antara 'carik makan' & 'carik bala'

Sabtu (25 Julai) lepas, aku ke 'downtown' Kajang .. He he he .. Tak boleh panggil Uptown, sikit sangat gerainya. Plan asalnya nak urut refleksologi, sbb aku pernah ternampak ada satu gerai pakcik ni dia buat urut refleksi, tapi takde pulak, aku pun pusing2 le tgk2 gerai lain. Satu-satu gerai aku pergi, saja je tengok, bukan nak beli pun, tiba2 aku berhenti kat satu gerai ni. Gerai ni nampak unik, sbb dia jual barang-barang lama, syiling lama, kayu kayan yang klasik2 la, gambar2 lama, tiba2 aku ternampak 2 keping gambar yang betul2 buat aku terkejut khinzir!
Gambar (lukisan) buraq dgn gambar 4 sahabat Nabi (SAW). Aku mmg betul2 terkejut la! Dalam hati aku cakap, 'ayooo mamat ni, nak carik makan pun jangan la sampai buat kerja bidaah, dia tak tau ke mana boleh Nabi2, Rasul2 dgn sahabat digambarkan! Kalau imej tu tak sama dgn muka diorang, apa macam? Aaaa .. Kau jawab la kat akhirat nanti, duit boleh carik brader, tapi aqidah kalau dah songsang, alamatnya ... Fikir sendiri la kan? Setahu aku jugak, mmg ada fatwa pada benda2 ni, sbb filem The Message (arahan arwah Mustapha Akkad) ada watak Bilal (Radiallahuanhu), Hamzah (RA) dgn Khalid (RA), dapat bantahan keras ulama'.
Maknanya lukisan pun tak boleh la! Mmg la isu ni nampak 'kecik' .. 'Remeh' .. Tapi kesan dia besar! Nanti semua anak2 kecik tengok, boleh terpengaruh, Islam tak sama dgn Yahudi, Kristian, diorang tu boleh main gambar2kan aje 'Tuhan', 'Nabi'2 yang diorang percaya, tapi Islam tak! Kita percaya dgn iman, dgn akal yang rasional, tapi kita tak boleh gambarkan dgn praktik atau gambaran realiti. Harap2 brader tu nanti dapat la teguran dari orang yang alim, aku ni nak tegur susah jugak, dah le brader yang jual tu tua, faham2 la.. Orang tua ni mana nak dgr 'teguran' orang muda. Wallahualam.....
P/S Sapa2 yang tak tau buraq tu apa, tunggu la Isra' & Mikraj tahun dpn, datang masjid, dengar ceramah ustaz2 .. Tau la 'buraq' tu apa .. He he he ... Adiosss .......

Khamis, 16 Julai 2009

Transformers, Revenge Of The Fallen

Rabu 15hb lepas aku ke TGV Mines, tengok movie ni, tapi alahai ... Bagi aku, aku bagi 2 setengah bintang je pada filem ni. Sebab?

1) Autobots baru tak banyak diperkenalkan, lagi banyak Decepticon baru, dan Decepticon baru pun tak dibagi nama! (Kalau tak silap la), tak macam 1st movie dulu.
2) Cerita meleret-leret, scene 18sx lagi banyak dari scene perang antara robot! Come on la, nama pun Transformers, fokus la pada robot, bukan pada hero-heroin manusia tu.
3) Optimus Prime mati, Bumblebee & Autobots lain tak nampak sedih, tapi bila Sam hero lembab tu mati, bukan main Bumblebee menangis! Aiyaaa ...
4) Selepas Prime mati, hampir semua Decepticon mati kena tembak dgn kereta kebal manusia, bukan dgn peluru Autobots, bila Prime hidup balik, Megatron dgn The Fallen dah cedera parah, so bagi aku klimaks perang tu macam dah 'potong' sikit, sbb diorang dah cedera kena tembak dgn manusia. Masa Sam nak letakkan Matrix dkt buah dada (Oppp silap) dada Prime, scene tu je dkt setengah jam! Anti klimaks sungguh! Alahaiiiii ........
5) Siapa The Fallen ni? Megatron yang aku tau tak pernah di'hamba'kan sesiapa, kalau tgk dalam Transformers The Movie versi kartun, Unicron yang hampir sebesar planet Cybertron pun mula2 dia 'lawan' .. Lepas tu baru dia setuju nak jadik hamba, itu pun sebab nak dapat body baru (Galvatron).
Kesimpulannya : Banyak lagi nak ulas, tapi cukup la aku bagi 2 setengah bintang jelah utk filem ni .. A bit dissapointed for me.. A 'loyal' Transformers fan .. Kalau pun nak ubah plot, jangan la lari jauh sangat dgn cerita asal, because it's 'dumb ass' idea!

Isnin, 1 Jun 2009

Macam2 ada!

Aku ada sorang kawan, Tutt (bukan nama sebenar). Akal ada sikit la nampak macam cerdik, (nampak je, realitinya tak!). Kalau bercerita dgn dia nampak macam ada la ala2 intelektualnya, tapi praktikal hancur! Yang syoknya, hamba Allah sekor ni, ya Allah .. Punya la berkira, baik berkira kudrat, ataupun duit.
Pernah sekali, kami mintak dia bayarkan dulu (advance la kiranya, nanti kami bayar la balik) duit sewa rumah & bil2 lain, tiba2 Astro kena potong, bila tanya senang2 je dia jawab 'hmm .. hangpa bagi tak cukup 20 ringgit'. Ya Allah, kenapa la bengal sangat? Tak boleh ke dulukan duit kau dulu, nanti kami bayar la.
Lepas kejadian tu, aku pun 'hulur tengkuk utk disembelih', aku bagitau budak2 rumah, biar aku dulukan duit aku, semua sekali, duit sewa, bil2 segala macam la, lepas tu aku claim la balik, tapi perangai bakhilnya menjadi-jadi, saja aku biarkan sampai awal bulan tak mintak duit sewa, nak tengok dia prihatin ke tak.
Yang sedapnya, sekarang bila lambat bayar alasan 'klise' je .. 'Aku lupa la'... Hai .. Duduk rumah sewa pun lupa ke ..?? Bukan duduk rumah mak bapak kau, takkan tak faham2 duduk rumah sewa kena bayar sewa, nama pun rumah sewa! Bukan rumah sendiri! Kepada mamat tu, kalau la dia terbaca entry ni, harap2 la sedar diri, jangan la berkira sangat.
Nanti kawan2 benci pulak, tambah menyampah dengan perangai ko yang tergedik gedik kalau jumpa betina, Allah haiii ... Kawan2 satu pejabat tau dah peel kau tu .. Tu tak masuk lagi dengan pakai seluar slack pergi kerja sampai seminggu .. Fuhh .. Rekod Malaysia!