Sejak akhir2 ni, kita selalu dengar macam2 isu yang 'panas' dan merisaukan orang2 non Muslim terutamanya.. Terbaru bercerita pasal hukum undang2 hudud yang Pas nak buat... Utk pengetahuan semua kawan2 yang tak tahu pasal isu ni, jangan la menggelabah beruk bila dengar isu hudud, sbbnya undang2 hudud & qisas ni takkan dapat dibuat di negeri2 bawah pemerintahan PR... Sebab? Dari fakta akademik, Malaysia mengamalkan politik berkonsepkan 'federalisme' .. Apa dia federalisme? Federalisme ialah satu konsep yang mana kerajaan pusat dan kerajaan negeri sama2 ada bidang kuasa yang diperuntukkan dlm perlembagaan, tapi of course la kerajaan pusat ada kuasa lebey kan .. Mana boleh lawan tokey .. Dann .. Kalau kerajaan negeri Pas nak jugak buat undang2 hudud & qisas di negeri2 yang mereka perintah, memang tak boleh buat la, selagi tak dapat kuasai Dewan Rakyat ..
Sbb dalam perlembagaan negara disebut betul2 clear .. 'Mana2 undang2 kerajaan negeri yang w/pun diluluskan oleh dewan perundangan negeri tersebut bercanggah dengan undang2 persekutuan akan ditolak' .. So ..??? Ada faham ka ..? Macamana Pas nak buat kalau rasional & logiknya hukum undang2 Islam memang tak dipakai secara total di Malaysia, dan berlawanan pulak dgn perlembagaan .. Jadi senang ceritanya macam ni la, yang takut2 nak undang2 hudud tu tak payah la takut sangat, (baca : MCA dan MIC) Pas cuma akan dapat kuatkuasakan atau bentangkan rang undang2 hudud bila Pas dapat kuasai sekurang-kurangnya 2/3 majoriti ahli dalam dewan parlimen, dan undang2 Islam tak melibatkan orang non Muslim pun! Apa ke halnya nak takut2??? .. Means .. Kalau sekarang Pas nak dapat 60 kerusi parlimen pun macam samar2 ..
Apa nak takut sangat ..? 220 kerusi tu beb .. Banyak! Bukan sikit .. Yang aku rasa tak seronok bukan apa, ahli politik mainkan isu ni sampaikan orang awam terkeliru .. Sampai banyak isu2 lain yang patutnya dijadikan perbincangan tertangguh macam itu aje .. Rugi2 .. Apa pun, secara personal, kita orang Islam mestilah nakkan undang2 Islam ye tak ..? Tak kisahlah siapa pun nak usulkan, Pas ke .. Umno ke, hatta DAP pun, wajib (Mengikut majoriti ulamak) kita sokong .. Takkan nak ambik bab2 nikah kawin je, bab2 lain tolak tepi .. Tak betul tu beb .. Cheers ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan