Khamis, 22 Januari 2009

Aku dah tua!

Hari ni aku dah genap 30 tahun .. Aiyak .. Dah suku abad aku .. Hu hu hu .. Tak nak taip panjang2 dah .. He he he .. Cheersss ....

Rabu, 21 Januari 2009

Bila dah susah ..

Malam tadi aku dapat sms dari sorang yang akan carik aku bila dia susah, tapi masa aku susah (Jangankan aku susah, masa aku senang pun tak ambik tau!) dia boleh lepas tangan.. Si hamba Allah ni nak mintak tolong aku la ..
Tanya ada kawan tak dkt JPJ .. Kebetulan aku pun takde kawan dkt JPJ (Dan aku pun malas nak tolong hamba Allah ni, disebabkan banyak kali sangat dia pijak kepala aku) cepat2 aku reply sms dia ... Agaknya dia pun dah faham aku tak nak tolong kot ..??
He he he .. Kadang2 aku terfikir, orang macam ni memang tak tau malu, bila dia susah dia sanggup tebalkan muka nak mintak tolong, tapi bila aku susah, boleh dia buat selamba je .. Yang lagi sedap sempat pulak susahkan aku lagi tu! Ada ka patut???
Aku pun tak mintak apa aku tolong tu dia balas, tapi kurang2 consider sikit pada aku ni, jangan la susahkan hidup aku balik ye tak.. Nak2 aku ni ada pulak pertalian darah dgn dia kan .. Macam ini punya worang pun ada ka?? Wassalam ..

Ahad, 18 Januari 2009

Politik .. Politik .. Politik ..

Sejak akhir2 ni, kita selalu dengar macam2 isu yang 'panas' dan merisaukan orang2 non Muslim terutamanya.. Terbaru bercerita pasal hukum undang2 hudud yang Pas nak buat... Utk pengetahuan semua kawan2 yang tak tahu pasal isu ni, jangan la menggelabah beruk bila dengar isu hudud, sbbnya undang2 hudud & qisas ni takkan dapat dibuat di negeri2 bawah pemerintahan PR...
Sebab? Dari fakta akademik, Malaysia mengamalkan politik berkonsepkan 'federalisme' .. Apa dia federalisme? Federalisme ialah satu konsep yang mana kerajaan pusat dan kerajaan negeri sama2 ada bidang kuasa yang diperuntukkan dlm perlembagaan, tapi of course la kerajaan pusat ada kuasa lebey kan .. Mana boleh lawan tokey .. Dann .. Kalau kerajaan negeri Pas nak jugak buat undang2 hudud & qisas di negeri2 yang mereka perintah, memang tak boleh buat la, selagi tak dapat kuasai Dewan Rakyat ..
Sbb dalam perlembagaan negara disebut betul2 clear .. 'Mana2 undang2 kerajaan negeri yang w/pun diluluskan oleh dewan perundangan negeri tersebut bercanggah dengan undang2 persekutuan akan ditolak' .. So ..??? Ada faham ka ..? Macamana Pas nak buat kalau rasional & logiknya hukum undang2 Islam memang tak dipakai secara total di Malaysia, dan berlawanan pulak dgn perlembagaan ..
Jadi senang ceritanya macam ni la, yang takut2 nak undang2 hudud tu tak payah la takut sangat, (baca : MCA dan MIC) Pas cuma akan dapat kuatkuasakan atau bentangkan rang undang2 hudud bila Pas dapat kuasai sekurang-kurangnya 2/3 majoriti ahli dalam dewan parlimen, dan undang2 Islam tak melibatkan orang non Muslim pun! Apa ke halnya nak takut2??? .. Means .. Kalau sekarang Pas nak dapat 60 kerusi parlimen pun macam samar2 ..
Apa nak takut sangat ..? 220 kerusi tu beb .. Banyak! Bukan sikit .. Yang aku rasa tak seronok bukan apa, ahli politik mainkan isu ni sampaikan orang awam terkeliru .. Sampai banyak isu2 lain yang patutnya dijadikan perbincangan tertangguh macam itu aje .. Rugi2 .. Apa pun, secara personal, kita orang Islam mestilah nakkan undang2 Islam ye tak ..? Tak kisahlah siapa pun nak usulkan, Pas ke .. Umno ke, hatta DAP pun, wajib (Mengikut majoriti ulamak) kita sokong .. Takkan nak ambik bab2 nikah kawin je, bab2 lain tolak tepi .. Tak betul tu beb .. Cheers ..

Khamis, 15 Januari 2009

1st Entry

He he he ... Disebabkan kawan2 aku semua dah ada blog sendiri, aku pun nak jugak .. Jadik ini la 1st entry .. Aku tak pandai lagi nak upload2 gambar ... Takpe2 .. Nanti ada la tu .. He he .. Ok .. Ini je dulu .. Kemudian2 akan ada lagi .. Insya Allah ..

Chow ..