2 minggu lepas mak aku masuk hospital, mula2 doktor suspek denggi, check punya check, kemudian kena tahan di wad. Rupanya darah tinggi sangat, kemungkinan buah pinggang dah rosak. Dari situ la hidup kami adik beradik berubah sekejap, kakak2 aku gilir2 jagakan mak aku di wad. Aku macam biasa la, jadik despatch je, hantar makanan, hantar kakak @ adik aku ke wad. Abang long aku pun ada datang hospital, tgk2 kan apa yang patut. Kebetulan dia pun pernah jaga 2 arwah makcik (belah bapak) aku dengan sakit yang sama (buah pinggang). So pengalaman 'emas' dia tu dia gunakan untuk bagi nasihat pada kami yang jaga mak kami ni. Dkt hospital la aku rasa 'ter'insaf sekejap, bila tengok orang sakit. Macam2 jenis sakit, Allahhh .. Ngeri pun ye, so guys out there, jangan rasa bila kita muda, kita tak sakit, jaga la kesihatan tu .. Mati mmg confirm mati punya, cuma kita tak nak la sbb kedegilan kita tak jaga makan minum, orang lain pulak susah nak jaga kat hospital! Sehari dua orang boleh hadap lagi .. Dah lama2?? Skrg doktor dah confirm yang mak kami mmg kena dialisis.. So guys, jaga buah pinggang, kalau dah rosak, takde ganti dah, sakit2 lain mungkin ada jugak organ gantinya, tapi buah pinggang kalau dah rosak .. Mmg mesin dialisis la 'organ' barunya .. Adios!
Selasa, 29 Disember 2009
Langgan:
Catatan (Atom)